Teks : Basharina Ahmat
Terdapat 7 panduan penjagaan Tudung Chiffon Awning
1. Rendam tudung seketika di dalam air bercampur pelembut ataupun bahan
pencuci selama 5 minit,
kemudian bilas dengan air bersih dan jemur di
kawasan yang redup (ELAKKAN menjemur di
tempat cahaya matahari terik).
2. Pastikan tudung tidak diramas ketika mencuci, cukup dengan hanya
mencelup, usap menggunakan
tangan di bahagian yang kotor dan
mengangkatnya beberapa kali sehingga bersih daripada bahan
pencuci.
3. JANGAN sesekali memasukkan tudung ke dalam mesin basuh kerana ia akan merosakkan
AWNING.
4. Setiap kali membasuh tudung, asingkan daripada kain yang lain. Amalkan membasuh tudung
bersama tudung lain saja.
5. Cara melipat tudung juga perlu betul. Pastikan jangan melipat
bahagian awning tudung, sebaiknya
simpan menggunakan tupperware atau
sangkut mengunakan hanger supaya auning tidak mudah
patah.
6. Jika ada kedutan dibahagian penyepit pastikan menggosoknya
menggunakan suhu yang rendah dan
hanya di bahagian kedutan sahaja.
Elakkan mengosok dibahagian awning tudung kerana akan
menjadi tidak
sempurna apabila dipakai.
7. Jika bahagian awning terlipat, basahkan sedikit dengan percikan air ataupun pelembut, kemudian
gosok bahagian
berkenaan. Ia akan terbentuk semula.