Pelaburan Dengan ROI Yang Tinggi
Teks: Basharina AhmatImej: Google
Bila sebut tentang
pelaburan, kita selalu membandingkan pelbagai instrumen pelaburan yang
ada untuk mengetahui jenis pelaburan yang paling menguntungkan.
Seboleh-bolehnya mahukan yang berisiko rendah, modal kecil, tempoh
singkat dan pulangan lebat. Saya yakin kita boleh dapatnya dalam
pelaburan ilmu. Seperti yang pernah saya ceritakan di dalam entri
sebelum ini, tanpa ilmu, khususnya ilmu kewangan, kita mudah terjerumus
dalam masalah hutang, tidak tahu mengurus kewangan sendiri, apatah lagi
untuk mula memikirkan urusan menambah harta dan membina kekayaan.
Baca buku-buku kewangan. Baik dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Beli dan buat koleksi buku kewangan di rumah. Jika tidak mahu berbelanja untuk buku, boleh cari e-book di internet atau baca buku online. Cari ilmu kewangan dari blog dan laman sesawang yang ada di internet. Belajar dari orang yang telah berjaya.
Berbelanja untuk hadiri seminar, bengkel dan kelas kewangan. Inilah masanya untuk tahu kesilapan yang telah dilakukan. Inilah masanya untuk kenal dan tahu apa ilmu kewangan yang ada di luar sana. Bagaimana menggunakan kemudahan yang ada untuk mencapai matlamat kewangan anda. Analisa untuk tahu apa yang terbaik untuk anda sendiri. Bukankah setiap dari kita adalah unik. Mungkin masalah dihadapi adalah sama, tetapi matlamat kewangan pasti berbeza. Kemaskini diri dengan maklumat baru dengan bengkel dan seminar yang dihadiri dan praktikkan ikut kesesuaian keadaan kewangan kita.
Saya fikir kita harus melihat perkara pelaburan pendidikan untuk kita sama sepertimana kita melihat pentingnya pelaburan pendidikan untuk anak-anak. Bagaimana kita berhempas pulas, sehabis baik memilih sekolah terbaik, guru terbaik, institusi pendidikan terbaik untuk anak kita walaupun kosnya mungkin mencabar keupayaan kita. Ini kerana kita yakin, walaupun kita tidak meninggalkan harta yang banyak kepada mereka, dengan ilmu yang betul, mereka akan membina kekayaan mereka sendiri. Sebaliknya tanpa ilmu, anak-anak mungkin akan menghabiskan harta yang ditinggalkan oleh ibubapa.
Jangan pernah menyesal berbelanja untuk ilmu apatah lagi ilmu kewangan. Satu bentuk ilmu yang tidak diajarkan di sekolah. Tetapi amat besar kesannya kepada kita dan masa depan anak cucu kita. Menentukan letak duduk diri kita dalam masyarakat, gaya hidup dan pendidikan anak-anak kita dan hari-hari persaraan yang bakal dilalui. Pulangan pelaburan ini terlalu lumayan dibandingkan dengan apa jua bentuk pelaburan yang ada hari ini. Modal sedikit, tidak perlu tempoh matang, boleh bermula bila-bila masa, dengan ROI (Return of Investment) nya terlalu tinggi.
Mulakan pelaburan kita hari ini.
Dulu selalu tercari-cari mana tempat nak labur duit kami yang tak seberapa ni. Kalau boleh, nak cari tempat pelaburan yang paling tinggi pulangannya i.e. return on investment (ROI).
Tabung Haji bagi dividen sekitar 5%, ASB
yang statusnya ‘halam’ (halal campur haram) ketika itu sekitar 7%
(belum tolak zakat 2.5% atas nilai simpanan!), unit trust dividennya pun
boleh tahan, tapi tak terjamin seperti Tabung Haji dan ASB. Silap
haribulan, duit kita boleh lebur kalau pasaran saham tak stabil.
No comments:
Post a Comment