Sunday, 22 April 2018
Wednesday, 13 September 2017
Berkawan dengan orang ramai
Berkawanlah tanpa ada kepentingan!
Paling best berkawanlah dengan ikhlas tanpa harap orang akan tolong kita! Tapi kita yang tolong orang!
Kawan pasti akan tolong kita, cuma adakah kita berkawan semata mata nak cari manfaat je?
Jadi orang yang tak ada manfaat pada kita, kita tak nak kawan? Macamtu ke?
Kita tidak akan tahu apa akan terjadi dimasa depan! Kita tak akan tau siapa kawan kita itu akan jadi nanti.
Kita juga tak akan tau sama ada kawan yang ada manfaat pada kita sekarang akan terus beri manfaat pada kita nanti betul tak!
Saya pun tak tau yang bro Ku Addy Fazly , penggagas Geng Ultra dan mentor bisnes Low Budget High Impact Marketing, kawan lama sejak zaman belajar dulu akan jadi orang hebat dan penting sekarang.
Saya pun tak tau kawan university saya, Mawarni Namli, Tokey Wany's Kacang Sedap hanya dengan menjual kacang je akan seorang jutawan dermawan yang hebat.
Paling terbaik saya memang tak sangka sahabat baik saya, Md Zaifan yang dulunya seorang Salesman Perodua jer, sekarang dah jadi Jutawan bergaya bersama Produknya Penapis air Dr. Amsyar.
Ada ramai lagi kawan kawan saya yang hebat saya kenali tanpa apa apa tapi satu je persamaan mereka ini!
Persamaannya adalah mereka ORANG YANG POSITIF dan TIDAK PUTUS ASA!
Berkawanlah tanpa sebab. Jika perlukan juga sebab, mungkin sebab dia seorang yang positif!
" I NEVER GIVE UP! "
Monday, 11 September 2017
Tempahan Name Tag Sulam 2017
Friday, 5 December 2014
PANDUAN PENJAGAAN TUDUNG CHIFFON AWNING
Teks : Basharina Ahmat
Terdapat 7 panduan penjagaan Tudung Chiffon Awning
1. Rendam tudung seketika di dalam air bercampur pelembut ataupun bahan pencuci selama 5 minit,
kemudian bilas dengan air bersih dan jemur di kawasan yang redup (ELAKKAN menjemur di
tempat cahaya matahari terik).
2. Pastikan tudung tidak diramas ketika mencuci, cukup dengan hanya mencelup, usap menggunakan
tangan di bahagian yang kotor dan mengangkatnya beberapa kali sehingga bersih daripada bahan
pencuci.
3. JANGAN sesekali memasukkan tudung ke dalam mesin basuh kerana ia akan merosakkan
AWNING.
4. Setiap kali membasuh tudung, asingkan daripada kain yang lain. Amalkan membasuh tudung
bersama tudung lain saja.
5. Cara melipat tudung juga perlu betul. Pastikan jangan melipat bahagian awning tudung, sebaiknya
simpan menggunakan tupperware atau sangkut mengunakan hanger supaya auning tidak mudah
patah.
6. Jika ada kedutan dibahagian penyepit pastikan menggosoknya menggunakan suhu yang rendah dan
hanya di bahagian kedutan sahaja. Elakkan mengosok dibahagian awning tudung kerana akan
menjadi tidak sempurna apabila dipakai.
7. Jika bahagian awning terlipat, basahkan sedikit dengan percikan air ataupun pelembut, kemudian
gosok bahagian berkenaan. Ia akan terbentuk semula.

Monday, 20 October 2014
ROTARY CUTTER
Teks : Basharina Ahmat
Saiznya 45mm. Biasanya saya akan guna yang ini untuk general cutting. Gambar kat bawah ni cara nak guna dengan pembaris dan mat tu, kedudukan mesti 45 darjah, supaya mata pisau tu tak cepat tumpul. Pembaris
memang sudah ada ukuran dalam cm atau inci, mat pula digunakan untuk alas,
pembaris ini juga sudah disediakan ukuran 45 darjah dan 60 darjah.
Bagi memudahkan untuk memotong secara tepat ukuran, garisan pembaris
mesti sama lurus dengan kain tersebut, jika terdapat lebihan, potong
kain untuk dapat garisan yang lurus... Tekan dan tolak rotary cutter ke
depan, bukan dari arah depan ke belakang tau, nanti garisan tidak lurus.
Pastikan rotary cutter ini digunakan bersama mat dan pembaris.
Jadi untuk memiliki rotary cutter ini terpulanglah kepada keperluan
kita. Kalau tak ada pun boleh buat juga tapi remeh sedikit, tapi kalau ada tu lagi senang le kerja potong-potong, jika dibandingkan dengan menggunakan gunting.
Salam ceria selalu.
Wednesday, 15 October 2014
Jangan Pandang Belakang
Teks : Basharina Ahmat
Setiap orang mempunyai kegagalan atau kesilapan masa lampau yang tidak sama antara satu sama lain. Untuk berjaya, kita perlu belajar dari kesilapan lalu dan menghargai pengalaman sukar yang telah dilalui tanpa perlu memikirkannya. Kita perlu maju ke hadapan dan melakukan yang lebih baik, membuat keputusan yang bijak dan jadikan pengalaman lalu sebagai ikhtibar. Berazam dalam diri kita agar tidak mengulangi kesilapan itu lagi.
Peringatan untuk diri sendiri.

Tuesday, 14 October 2014
Motivasi vs Inspirasi
Teks : Basharina Ahmat
Pada pendapat saya motivasi dan inspirasi adalah dua perkataan yang berbeza. Walaupun perbezaannya kecil, inspirasi mempunyai lebih kekuatan dalam merangsang seseorang melakukan sesuatu dengan penuh komitmen berbanding motivasi.

Perkataan
motivasi terbentuk dari perkataan motif. Bermakna seseorang memerlukan motif
untuk mendapat motivasi. Apakah motif seorang blogger menulis blog? Kerana wang, nama, berkongsi pendapat, mencetus perubahan, atau kesemuanya? Jika motif
yang ingin dicapai tidak tercapai, besar kemungkinan motivasi akan menurun.
Terdapat tiga
kategori motif yang membangkitkan motivasi iaitu motif homeostatik, motif
non-homeostatik dan motif sosial. Ada motivasi positif dan ada motivasi
negatif.
Saya suka mengikuti program motivasi, samada atas inisiatif sendiri, dihantar
oleh majikan atau pun mengikuti program yang dianjurkan oleh organisasi yang
saya menjadi ahli. Dalam program tersebut, kita selalunya
diminta menentukan matlamat yang ingin dicapai dan menyediakan perancangan
untuk mencapainya. Matlamat tersebut selalunya mempunyai kaitan dengan motif
yang dinyatakan di atas.
Kita akan
mempunyai motivasi bila ada orang yang mengajak, memujuk atau memaksa kita
melakukannya. Seminggu selepas program motivasi, biasanya semangat atau
motivasi dah mula menurun. Tidak ada lagi dorongan untuk mencapai motif kerana
tiada yang mengajak, menyuruh atau memaksa. Benarlah kajian pakar, manusia akan
lupa seratus peratus tentang apa yang diberitahu kepadanya dalam tempoh
seminggu. Inilah agaknya kenapa sesetengah pakar motivasi,ada mengatakan seseorang tidak mungkin dapat memotivasikan orang lain.
Berbeza dengan orang
yang mempunyai inspirasi, dia akan terus komited untuk berusaha walaupun matlamat
yang ingin dicapai tidak tercapai. Inspirasi bermaksud keadaan fikiran yang
boleh menyebabkan terlahir ilham atau rangsangan, dan juga perasaan yang
membuat seseorang komited dengan apa yang diusahakan.
Usaha tidak hanya sebagai
jalan untuk mecapai matlamat tetapi tujuan hidup itu sendiri - hidup yang penuh
inspirasi dan bermakna. Di mana
kita boleh mendapat sumber inspirasi? Sumber
inspirasi ini berbeza antara seorang dengan seorang yang lain.
Ramai orang yang
mendapat sumber inspirasi dari alam semulajadi seperti melihat ikan berenang,
mendengar deruan ombak, kicauan burung, atau desir angin. Ada orang mendapat
inspirasi dengan mendengar muzik seperti muzik klasik atau sentimental. Ada
juga yang mendapat inspirasi dengan membaca kisah manusia agung (seperti Nabi
Muhammad saw). Inspirasi juga boleh diperolehi dengan menyelami jiwa sendiri
atau membaca jurnal peribadi.
Carilah
sumber inspirasi anda. Motivasi tidak cukup bertenaga untuk membuat kita
meneruskan usaha ketika keadaan sekeliling berteriak “berhenti!”. Motivasi
hanya memberitahu kita mengapa kita ingin melakukan apa yang kita lakukan
kerana ia didasarkan pada matlamat semata-mata.
Ingatan Untuk Diri Sendiri..
Ingatan Untuk Diri Sendiri..
Subscribe to:
Posts (Atom)